Tuesday, April 26, 2011

Nur Kasih The Movie - Official Trailer

                                                           
satu petang yang indah ;') 
tengah-tengah tengok telebision iklan nie muncul 
wuhuu :')
kisah percintaan,pengorbanan,perpisahan dan perjalanan pulang ke jalan yang diredhaiNya :")
kisah setianya seorang isteri terhadap suaminya
Apa yang diaturkan olehNya adalah yang terbaik :)
Seriously aku memang tak sabar nak tengok filem nie . 
part yang Adam cakap jangan tanggal cincin tue.wah,serious romantik .
They fall in love after they get married,sangasangat menyentuh hati
Isteri yang setia menanti yang percaya dan tak pernah putus berdoa pada Allah agar suaminya dikembalikan :)
Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya

Filem ini akan ditayangkan pada 19 Mei 2011,sebulan lepas birthday aku :)
cukuplah derita yang aku rasa selepas 19 April haritu,nak2 filem nie jadi hadiah birthday aku,
memandangkan takda sesapa pun bagi ,hee .Nie hadiah dari diri sendiri untuk diri sendiri .heee
Nak pegi tengok even apa pon,tetaptetap nak pegi tengok cita nie <3

Cerita aku ? mungkin tak sama dengan mereka , tapi yang pasti aku akan terus menunggu yang pada akhirnya aku juga tak pasti bagaimana kisah kami .
Pasrah dan redha .tue ja mampu .mungkin ada hikmat disebalik semua ni.
Kalau ada jodoh sampai masa kita tetap akan bersama jugak.Percaya pada takdir :D
Benda-benda yang lepas biarlah lepas,pegi jauh-jauh.
Masa depan kita ,kita yang tentukan.bukan melawan takdir tapi mengubah untuk jadi yang lebih baik
Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru

"Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.."

 Adakah itu yang diharapkan?Aku hanya mampu berdoa,yang lain terserah padaNya.

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. 

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.

Aku serahkan semuanya padaNya.Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin.
Kalau kita tak boleh bersama di dunia.InsyaAllah akan ku tunggu di syurga abadi,dalam nikmat hidup yang tanpa akhir :)
Gudbye tears ,gudbye Harith :)
Ada jodoh ,lambat atau cepat kita pasti bertemu jua,terima kaseh :) kuatkan semangat anda.

1 comment: